Jenis perkhidmatan bas Bas

Bas transit tempatan di Canberra, ACT.
  • Bas transit tempatan - Menyediakan perkhidmatan pengangkutan awam bagi kawasan dalam sesuatu bandar, dengan jarak sekitar beberapa kilometer sahaja.
  • Bas antara bandar - Juga dikenali sebagai bas henti-henti, bas ini menyediakan perkhidmatan di sepanjang laluannya di antara dua bandar utama, termasuklah di kawasan kampung atau pekan-pekan kecil di sepanjang laluannya.
  • Bas shuttle - Menyediakan perkhidmatan pengangkutan di antara dua destinasi, misalnya dari lapangan terbang ke pusat bandar raya. Bas-bas oleh pusat pelancongan serta kolej dan universiti juga dikategorikan sebagai bas shuttle.
  • Bas persiaran - Disediakan bagi menunjukkan tempat-tempat menarik kepada pelancong dengan menaiki bas tersebut. Biasanya apabila bas persiaran melalui tempat-tempat menarik, pemandu pelancong akan memberi penerangan mengenai tempat-tempat tersebut kepada pelancong. Bas-bas persiaran jarak jauh biasanya membenarkan pelancong untuk turun seketika di beberapa tempat menarik.
  • Bas sekolah - Menyediakan perkhidmatan pengangkutan transit tempatan kepada pelajar-pelajar sekolah.
  • Bas Pekerja Digunakan untuk menghantar dan mengambil balik pekerja dari tempat kediaman mereka ke kilang tempat mereka bertugas.
  • Bas Ekspres Memberikan perkhidmatan jarak jauh antara bandar-bandar besar.

Terdapat juga Bas Ekspres Eksekutif yang mengenakan tambang lebih mahal tetapi dengan beberapa kelebihan seumpama layanan di dalam kapalterbang merangkumi keselesaan, makanan dan minuman serta ruang duduk yang lebih luas.